Ayah adam ingin memberikan sedikit motivasi kepada sahabat ibu agar bersabar dengan insan insan seperti itu dan mengingatkan diri ayah adam agar bersangka baik.
Terjemahan Surah Al Hujurat 49, ayat 12:
"Wahai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhi larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Dipetik dari Al Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemaahan.
Sahabat ibu adalah di antara mereka yang terpilih untuk menjadi pemegang amanah. Didik anak tersebut dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab agar anak tersebut menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan bertaqwa serta berakhlak terpuji. Dah lama kita diuji dengan tidak mempunyai anak dan kini Allah swt memberikan anak kepada kita walaupun bukan dari darah daging kita namun ianya tetap memerlukan kita mensyukurinya dan menerima segala yang hadir bersama anak tersebut sebagai satu ujian.
Teringat kata kata ibu adam, bila Allah sayang kita, Allah uji kita dan Allah tahu kita mampu untuk menempuhi ujian tersebut. Dan ayah adam selalu kata, susah kita sabar, senang kita syukur.