Thursday, July 09, 2009
Menilai seorang insan
Thursday, February 05, 2009
Ada orang hidup dan matinya kerana harta. Bekerja dan bekerja sehingga lupa pada amanah yang diberi. Lupa mensyukuri dan lupa membelanjakannya dijalan yang diredhai oleh Tuhannya.
Ada pula yang sibuk mengejar pangkat. Kalau boleh mahu menjadi pemimpin agung namun hidup penuh dengan korupsi. Biasanya mereka yang tidak puas dengan apa yang Tuhannya kurniakan.
Aku, bagaikan insan lain menyedari bahawa aku dijadikan sebagai seorang khalifah ditugaskan untuk memakmurkan bumi *llah swt ini.
Aku juga sedar bahawa aku dijadikan untuk beribadah kepada Allah swt.
Monday, September 15, 2008
Fwd: [sim] INFO : Lawatan Ke Rumah Nurul Iman, Manjoi, Perak
---------- Forwarded message ----------
From: presidensim <presidensim@yahoo.com>
Date: 2008/9/14
Subject: [sim] INFO : Lawatan Ke Rumah Nurul Iman, Manjoi, Perak
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Assalamu'alaikum wr. wb. Warga SIM,
Alhamdulillah, tepat jam 1.00 pagi 14 Sept 2008, rombongan ziarah ke
rumah Nurul Iman, Manjoi telah bertolak dari R&R Jejantas Sg Buloh.
Rombongan yang disertai lebih kurang 30 orang ahli dari pelbagai pihak
dengan menaiki 6 buah kenderaan telah tiba ke destinasi sekitar 3:45
pagi. Rombongan disambut dengan titisan hujan renyai-renyai.
Jamuan sahur telah disediakan oleh Mangkuktingkat.com yang ditaja oleh
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Peserta lain, terdiri dari beberapa
ahli SIM (yang saya ingat Sdr. Suhaidi, kalau tak salah saya Water
Lili bersama 3 orang sahabat beliau, beberapa orang Exco SIM) Presiden
YPN bersama isteri dan anak, ahli-ahli kelab sukan dan kebajikan Nipon
Express, anakperlis.com dan beberapa orang perseorangan, turut
memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk.
Amat menghibakan apabila beberapa peserta rombongan (lelaki dan
wanita) menitiskan airmata pada saat hendak berpisah dengan
penghuni-penghuni rumah berkenaan. InsyaAllah, usaha-usaha sebegini
akan diteruskan sebagai kesinambungan Aktiviti Ziarah Ramadhan yang
telah dilaksanakan sejak penubuhan SIM.
Firman Allah SWT bermaksud,
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada
Allah..." - Surah AliImran: 110
Semoga kita semua tergolong dalam golongan Khairun Ummah yang
disebutkan di dalam ayat di atas, insyaAllah, amiin
Hadanallah waiyakum ajma'in, Wabillahitaufiq walhidayah,
wassalamu'alaikum wr. wb.
_
Thursday, September 04, 2008
Nyum .. Sedap
"Kuih pelita sayang... Sedap ya ?"
"Sedap ibu... "
"Nampaknya ibu kena beli kuih pelita setiap harilah ..."
"gulp ..... "
"Adam, baru pukul 4.30 pagi sayang. Kenapa dah bangun nie??"
"Ya ker ayah ... adam kira kira dah pagi ni. Tak apalah .. Adam temankan ayah sahur..."
"Adam sayang ... bangun ... bangun sayang .. dah pagi ni .. "
"zzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZ"
"Hmm adam, adam tu lah .. nak sangat temankan ayah bersahur ... "
Gambar kenangan ... Comel tak ..
Saturday, April 12, 2008
Masa utk service badan.
Pagi ini, lepas Adam ke taska, ibu n ayah ke shah alam. Mandi wap herba dan berurut seluruh badan. Lega dan ringan jer rasa badan lepas tu.
Thursday, April 03, 2008
Dah terjaga
Ayah ada mesyuarat forestry dipejabat. Ibu cuti. Jadi ayah bercadang nak ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Lepas mesyuarat, ayah ada temujanji dengan doktor gigi. Petang ni ayah minta kebenaran untuk time off jaga adam.
Malam ni ada mesyuarat persatuan penduduk.
Tuesday, March 18, 2008
Bersabarlah
Ayah adam ingin memberikan sedikit motivasi kepada sahabat ibu agar bersabar dengan insan insan seperti itu dan mengingatkan diri ayah adam agar bersangka baik.
Terjemahan Surah Al Hujurat 49, ayat 12:
"Wahai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhi larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Dipetik dari Al Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemaahan.
Sahabat ibu adalah di antara mereka yang terpilih untuk menjadi pemegang amanah. Didik anak tersebut dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab agar anak tersebut menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan bertaqwa serta berakhlak terpuji. Dah lama kita diuji dengan tidak mempunyai anak dan kini Allah swt memberikan anak kepada kita walaupun bukan dari darah daging kita namun ianya tetap memerlukan kita mensyukurinya dan menerima segala yang hadir bersama anak tersebut sebagai satu ujian.
Teringat kata kata ibu adam, bila Allah sayang kita, Allah uji kita dan Allah tahu kita mampu untuk menempuhi ujian tersebut. Dan ayah adam selalu kata, susah kita sabar, senang kita syukur.

.jpg)
.jpg)


-715730.jpg)
-784626.jpg)
.jpg)