My blog has moved! Redirecting...

You should be automatically redirected. If not, visit http://serambi.teratakrindu.net and update your bookmarks.

Monday, September 15, 2008

Fwd: [sim] INFO : Lawatan Ke Rumah Nurul Iman, Manjoi, Perak

Alhamdulillah, dapat juga saya menyertai rombongan tersebut.

---------- Forwarded message ----------
From: presidensim <presidensim@yahoo.com>
Date: 2008/9/14
Subject: [sim] INFO : Lawatan Ke Rumah Nurul Iman, Manjoi, Perak
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com


Assalamu'alaikum wr. wb. Warga SIM,

Alhamdulillah, tepat jam 1.00 pagi 14 Sept 2008, rombongan ziarah ke
rumah Nurul Iman, Manjoi telah bertolak dari R&R Jejantas Sg Buloh.
Rombongan yang disertai lebih kurang 30 orang ahli dari pelbagai pihak
dengan menaiki 6 buah kenderaan telah tiba ke destinasi sekitar 3:45
pagi. Rombongan disambut dengan titisan hujan renyai-renyai.

Jamuan sahur telah disediakan oleh Mangkuktingkat.com yang ditaja oleh
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Peserta lain, terdiri dari beberapa
ahli SIM (yang saya ingat Sdr. Suhaidi, kalau tak salah saya Water
Lili bersama 3 orang sahabat beliau, beberapa orang Exco SIM) Presiden
YPN bersama isteri dan anak, ahli-ahli kelab sukan dan kebajikan Nipon
Express, anakperlis.com dan beberapa orang perseorangan, turut
memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk.

Amat menghibakan apabila beberapa peserta rombongan (lelaki dan
wanita) menitiskan airmata pada saat hendak berpisah dengan
penghuni-penghuni rumah berkenaan. InsyaAllah, usaha-usaha sebegini
akan diteruskan sebagai kesinambungan Aktiviti Ziarah Ramadhan yang
telah dilaksanakan sejak penubuhan SIM.

Firman Allah SWT bermaksud,

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada
Allah..." - Surah AliImran: 110

Semoga kita semua tergolong dalam golongan Khairun Ummah yang
disebutkan di dalam ayat di atas, insyaAllah, amiin

Hadanallah waiyakum ajma'in, Wabillahitaufiq walhidayah,
wassalamu'alaikum wr. wb.

_

Thursday, September 04, 2008

Nyum .. Sedap

"Sedapnya. Kuih apa ni ibu?"
"Kuih pelita sayang... Sedap ya ?"
"Sedap ibu... "
"Nampaknya ibu kena beli kuih pelita setiap harilah ..."
"gulp ..... "

"Adam, baru pukul 4.30 pagi sayang. Kenapa dah bangun nie??"
"Ya ker ayah ... adam kira kira dah pagi ni. Tak apalah .. Adam temankan ayah sahur..."

"Adam sayang ... bangun ... bangun sayang .. dah pagi ni .. "
"zzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZ"
"Hmm adam, adam tu lah .. nak sangat temankan ayah bersahur ... "

Gambar kenangan ... Comel tak ..


Gambar kenangan ... Comel tak
"Ayahhh nak songkok baru khas untuk adamm" ..
Posted by Picasa

Saturday, April 12, 2008

Masa utk service badan.

Sejak ada Adam, dah beberapa kali keta ayah dan ibu diservice. Sama seperti keta, badan juga perlu diservice. Terutama sejak ada Adam, tidur berkurangan, lebih tenaga diperlukan untuk menjaga dan mendukung Adam.
Pagi ini, lepas Adam ke taska, ibu n ayah ke shah alam. Mandi wap herba dan berurut seluruh badan. Lega dan ringan jer rasa badan lepas tu.

Thursday, April 03, 2008

Dah terjaga

Dah bangun dari tidur. Suhu agak stabil. Taklah panas taklah sejuk. Sedang tunggu ibu siapkan nestum. Semenjak semalam tak makan. Tentu lapar.

Ayah ada mesyuarat forestry dipejabat. Ibu cuti. Jadi ayah bercadang nak ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Lepas mesyuarat, ayah ada temujanji dengan doktor gigi. Petang ni ayah minta kebenaran untuk time off jaga adam.

Malam ni ada mesyuarat persatuan penduduk.

Tuesday, March 18, 2008

Bersabarlah

Semalam, ibu adam dapat sms dari sahabat ibu menyatakan bahawa jiran jiran dia mengandaikan bahawa anak yang baru diterima adalah anak tak sah taraf. Hati sahabat ibu terasa terguris. Pandangan masyarakat terhadap anak angkat sering negatif diakhir zaman. Tak boleh ke bersangka baik? Anak orang susah ke? Anak yang kehikangan ayah dan ibu ke? Dan kalau pun betul, berdosa besarkah mengambil anak tersebut?

Ayah adam ingin memberikan sedikit motivasi kepada sahabat ibu agar bersabar dengan insan insan seperti itu dan mengingatkan diri ayah adam agar bersangka baik.

Terjemahan Surah Al Hujurat 49, ayat 12:
"Wahai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhi larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Dipetik dari Al Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemaahan.

Sahabat ibu adalah di antara mereka yang terpilih untuk menjadi pemegang amanah. Didik anak tersebut dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab agar anak tersebut menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan bertaqwa serta berakhlak terpuji. Dah lama kita diuji dengan tidak mempunyai anak dan kini Allah swt memberikan anak kepada kita walaupun bukan dari darah daging kita namun ianya tetap memerlukan kita mensyukurinya dan menerima segala yang hadir bersama anak tersebut sebagai satu ujian.

Teringat kata kata ibu adam, bila Allah sayang kita, Allah uji kita dan Allah tahu kita mampu untuk menempuhi ujian tersebut. Dan ayah adam selalu kata, susah kita sabar, senang kita syukur.

Monday, February 25, 2008

Cabaran

Termenung aku dikaki katil
Lena sungguh anakku tidur
Teringatkan insan lain
Yang lebih hebat diuji
Anakku
Mendapat rawatan yang terbaik
Dari doktor pakar yang terbaik

Syukurku pada Mu
Allah Yang Maha Besar

Ampunkanlah
Dosa dosa hamba Mu ini
Maafkanlah
Kesalahan dan kesilapan
Hamba Mu ini.

Hospital Pakar Damansara
Feb 2008

Saturday, February 23, 2008

Menangis

Lemah, longlai langkah kakiku,
Hebat sungguh dugaan ini.
Aku sendiri kesakitan dan
Anakku terlantar dikatil hospital.

Penat letih namun
Hidup perlu diteruskan

Sabar, kunci segala masalah.

Friday, February 22, 2008

Suatu Perjalanan

Perjalanan Satu Peringatan 

Siang berganti malam,
Malam berganti siang,
Ketika itu,
Maka bergantilah hari,

Dari hari berganti hari,
Bulan berganti bulan,
Sehingga kala tiba berganti tahun.

Hidup antara kelipan mata,
Kita hidup bila mata terbuka,
Atau kala mata tertutup,
Maka mati pun sama,
Mungkin kala mata terbuka,

Yang pasti,
Kalau sekiranya
Mati kala mata tertutp,
Tidak akan terbuka sehingga
Ke satu masa



Teratak Rindu
2008

Tuesday, January 29, 2008

Dokumen Penting

MOU Between my me and my wife.

Tuesday, January 22, 2008

Kembali kepada fitrah insan

Sejadah dibentang kembali,
Dikala insan lain sedang lena,
diulit mimpi indah,
diselimut kenikmatan,

Namun dikala ini, ada insan,
Sedang menghadapkan wajahnya
Dihadapan Tuhan nya,
Allah Yang Maha Besar,
Yang Memiliki Segala galanya.

[Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"] - Surah An'aam, ayat ke 162

Babybeso
Teratak Rindu
2008