My blog has moved! Redirecting...

You should be automatically redirected. If not, visit http://serambi.teratakrindu.net and update your bookmarks.

Thursday, July 09, 2009

Menilai seorang insan

Minggu lepas, diri ini sempat meluangkan masa untuk bersama sama dengan para ustaz belajar ilmu penulisan artikel, novel dan buku. Di akhir majlis ilmu tersebut, diri ini telah ditanya dengan soalan yang amat mencabar. Bagaimana kita nak menilai seorang insan itu?

Spontan lidah ini berbicara, jangan di tanya dari mana MBAnya, Degreenya namun tanya apa akidahnya. Sekiranya akidahnya betul, Insya Allah betullah hidupnya.

Hanya Allah swt yang tahu.

Thursday, February 05, 2009

Bukan senang nak menempuhi kehidupan ini sekiranya matlamat kehidupan tidak jelas.



Ada orang hidup dan matinya kerana harta. Bekerja dan bekerja sehingga lupa pada amanah yang diberi. Lupa mensyukuri dan lupa membelanjakannya dijalan yang diredhai oleh Tuhannya.



Ada pula yang sibuk mengejar pangkat. Kalau boleh mahu menjadi pemimpin agung namun hidup penuh dengan korupsi. Biasanya mereka yang tidak puas dengan apa yang Tuhannya kurniakan.



Aku, bagaikan insan lain menyedari bahawa aku dijadikan sebagai seorang khalifah ditugaskan untuk memakmurkan bumi *llah swt ini.



Aku juga sedar bahawa aku dijadikan untuk beribadah kepada Allah swt.