---------- Forwarded message ----------
From: presidensim <presidensim@yahoo.com>
Date: 2008/9/14
Subject: [sim] INFO : Lawatan Ke Rumah Nurul Iman, Manjoi, Perak
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Assalamu'alaikum wr. wb. Warga SIM,
Alhamdulillah, tepat jam 1.00 pagi 14 Sept 2008, rombongan ziarah ke
rumah Nurul Iman, Manjoi telah bertolak dari R&R Jejantas Sg Buloh.
Rombongan yang disertai lebih kurang 30 orang ahli dari pelbagai pihak
dengan menaiki 6 buah kenderaan telah tiba ke destinasi sekitar 3:45
pagi. Rombongan disambut dengan titisan hujan renyai-renyai.
Jamuan sahur telah disediakan oleh Mangkuktingkat.com yang ditaja oleh
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Peserta lain, terdiri dari beberapa
ahli SIM (yang saya ingat Sdr. Suhaidi, kalau tak salah saya Water
Lili bersama 3 orang sahabat beliau, beberapa orang Exco SIM) Presiden
YPN bersama isteri dan anak, ahli-ahli kelab sukan dan kebajikan Nipon
Express, anakperlis.com dan beberapa orang perseorangan, turut
memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk.
Amat menghibakan apabila beberapa peserta rombongan (lelaki dan
wanita) menitiskan airmata pada saat hendak berpisah dengan
penghuni-penghuni rumah berkenaan. InsyaAllah, usaha-usaha sebegini
akan diteruskan sebagai kesinambungan Aktiviti Ziarah Ramadhan yang
telah dilaksanakan sejak penubuhan SIM.
Firman Allah SWT bermaksud,
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada
Allah..." - Surah AliImran: 110
Semoga kita semua tergolong dalam golongan Khairun Ummah yang
disebutkan di dalam ayat di atas, insyaAllah, amiin
Hadanallah waiyakum ajma'in, Wabillahitaufiq walhidayah,
wassalamu'alaikum wr. wb.
_